Friday, February 27, 2009

Persediaan Menghadiri Temuduga Sektor Kerajaan

Zaman telah berubah...pad masa kini..sektor swasta tidak lagi dikatakan popular kpd lepasan universiti malahan ramai diantara para pengangur kini lebih gemar utk mencuba nasib dlm sektor kerajaan di mana dikatakan jaminan kerjaya jangka panjang boleh diperolehi apabila menjawat jawatan dlm sektor kerajaan. Benar atau tidak...perangkaan telah membuktikan dimana utk setiap satu sesi temuduga yg diadakan oleh badan2 kerajaan..jumlah calon yg dipanggil mampu mencecah ribuan org utk setiap sesi.

Persoalan yg timbul ialah apa yg perlu dilakukan dan bagaimana utk melengkapkan diri bg menghadiri sesi temuduga tersebut? Dengan bilangan calon yg mencapai angka ribuan org tersebut...pasti ada sesuatu kriteria yg ingin dicari oleh pihak penal temuduga. Dlm kata lain bagaimana utk berjaya disenarai pendekkan dlm sesi temuduga tersebut?

Dengan ini adalah diharapkan para pengunjung blog xUiTMKelate yg telah berjaya menjawat sebarang jawatan di sektor kerajaan dapat sama2 merungkai persoalan tersebut dan mungkin ini boleh dijadikan panduan kepada mereka2 yg masih lagi mengintai2 peluang utk menempatkan diri di dlm sektor yg sama dlm usaha utk memajukan diri, bangsa, agama dan negara.

Sila nyatakan pandangan anda di ruangan COMMENTS yg disediakan di bawah. Tip2 yg anda berikan amat dihargai dlm membantu rakan2 yg lain. Sekian.

No comments:

Post a Comment