Thursday, February 26, 2009

Terjejaknya Couple Pertama Batch Kite: Andri & Nani.


Aku dapat tahu pasangan ni dah pun selamat diijabkabulkan. Tahniah kepada keduanya!!!

Sebut pasal Andri & Nani ni, aku naklah berkongsi story sikit, masa dia org dok bercinta. Ceritanya macam ni…..masa dekat nak Hari Raya (tahun bila aku dah tak ingat), aku satu family on the way nak balik ke Kota Bharu, Kelantan sebab wife aku orang Kelate. Aku terserempak dengan couple ni kat Kedai Satay Tersohor di area kampung si Nani (nama kedai tu aku tak ingat). Seronok betul aku dapat jumpa member lama aku. Maklum ajelah dah lama tak bersua muka. We all boraklah beria. Kongsi cerita lama dan bertanya khabar. Aku mula2 tu tak dapat nak tangkap yg dia org berdua ni tgh dok bercinta. Aku ada juga pasang jerangkap samar tapi dia orang berdua tepis, baik punya. Mati2 aku percaya dia org tak ada apa-apa.

Tak lama lepas tu, aku jumpa lagi dia orang berdua ni, kat KB Mall pulak. Pun sama, dia orang tepis baik juga. Aku tetap tak dapat nak tangkap. Maklumlah, kenalah bersangka baik dan terima bulat2 apa yg member cakap. Tapi terfikir juga aku. Dah banyak kali terserempak, asyik dengan member tu aje….mulalah aku syak wasangka….dan lastly, dia orang pun diijabkabulkan.

Tapi tak sangka ye, dah jodoh. Hai macamanalah si Andri lamar si Nani ni. Harap Pok Andri kita bolehlah kongsi cerita dengan kita semua. Berita terbaru yg aku terima..Nani skrg ni tengah pregnant hasil kerja Pok Andri kite tu....POWER....POWERR..POWERRRRRR........POK ANDRI!!

Senarai2 Couple Batch Kite Yg Dah Beranak Pinak. Tahniah semuanya!!!

  • Karimon & Jaslina
  • MatMbung & Murni
  • Aida & Naza

(Ada lagi ni couple yg tak disenaraikan. Aku tak updated, takut salah info pulak nanti, sebab tuan punya badan tak join komuniti kite ni lagi. Kalau nak share gambar kawin, email kat aku segera)

No comments:

Post a Comment