Thursday, December 17, 2009


Selamat Melayari xUiTM Kelate!! Komuniti ini terbuka kepada semua xUiTM Kelate

xUiTM Kelate direalisasikan di internet untuk membolehkan bekas2 pelajar UiTM Machang, Kelantan merapatkan kembali hubungan silatulrahim setelah hampir 10 tahun berpisah. Dengan adanya platform ini diharapkan semua member2 dapat memberikan kerjasama dalam usaha menjejaki bekas-bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), UiTM Machang terutama untuk sesi 1998 hingga 2000. Melalui usaha murni ini juga mungkin satu hari nanti kita mampu mengadakan RE-UNION untuk batch kita. Insyallah.....

Di sini aku sertakan beberapa email member yang berjaya dikesan. Antaranya:
Sekiranya ada sesiapa yang boleh dapatkan email member2 yang masih belum tertera di sini, silalah email pada aku utk diupdatekan nanti. Susah kalau aku nak buat semuanya sorang2.

Bilangan xUiTM Kelate Yg Berjaya Dijejaki: 36 orang

Batch kita cuma ada 2 kelas aje, bukannya ramai sangat so aku rasa tak mustahil kalau nak dikumpulkan kesemuanya.

Sekian.

JOM HEBOHKAN TENTANG KEWUJUDAN BLOG INI PADA SEMUA xUiTM KELATE!! JGN LUPA BUANG UNDI ANDA DI BLOG INI UTK TETAPKAN HALA TUJU BATCH KITE :)

Awal Muharam 1431

Selamat menyambut awal muharam kpd semua xUiTMKelate. Alhamdulillah kite semua dipanjangkan usia dan berkesempatan menyambut kedatangan tahun baru. Marilah kite sama2 berdoa sempena menyambut kehadiran tahun baru ini. Semoga kite sama2 mendapat manafaatnya. Amin.....!!!

DOA AKHIR TAHUN
Doa ini dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib sebanyak 3x. Apabila doa ini dibaca, syaitan akan mengeluh dgn berkata, "Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dgn masa yg sebentar sahaja".
"Dgn nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji dan pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, apa yg kami telah lakukan sepanjang tahun ini, dari apa yg Engkau tegah kami drpd melakukannya, mana2 yg tidak sempat kami bertaubat drpdnya, dan Engkau tidak meredhainya, dan Engkau tidak melupainya, malah Engkau berlemah-lembut pula ke atas kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, bahkan Engkau memberi peluang pula kpd kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kpd-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunilah kami dan segala perbuatan kami, dari apa yg Engkau redhai dan Engkau tlh menjanjikan kami dgn ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon drpd-Mu, wahai Tuhan yg mempunyai segala kebesaran dan kemualian, semoga Engkau menerima amalan kami dan Engkau tidak memutuskan harapan kami kpd-Mu, wahai Tuhan Yg Maha Mulia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kpd kami kebaikan dunia dan akhirat, dan peliharalah kami drpd azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. ke atas keluarganya dan para sahabatnya. dan segala puji bg Allah, Tuhan sekelian alam".
DOA AWAL TAHUN
Apabila masuk waktu maghrib, bermulalah tahun baru (1 Muharam). Ketika ini, doa awal tahun pula dibaca sebanyak 3x. Setelah membacanya, syaitan akan berkata, "Amanlah dirinya, kerana dia dijaga oleh dua malaikat yg menjaganya dr syaitan dan pengikut-pengikutnya".
"Dgn nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji dan pujian hanya bg Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yg kekal, qadim dan azali dan dgn segala kemurahan Engkau yg melimpah, kami memohon dgn kedatangan tahun baru ini, Engkau peliharalah kami drpd syaitan yg direjam, para pembantu dan tenteranya, dan kami memohon pertolongan-Mu dlm melakukan sebarang pekerjaan yg boleh mendekatkan diri kami kpd-Mu. Ya Allah, Tuhan yg mengubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baiknya keadaan dgn kekuasaan dan kekuatan-Mu. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kpd kami kebahagian dunia dan akhirat dan peliharalah kami drpd azab seksa api neraka. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. ke atas keluarganya dan para sahabatnya. dan segala puji bg Allah, Tuhan sekelian alam".