Sunday, April 19, 2009

Program Pertama xUiTMKelate: BarbeQ 09.05.09

BERITA BAIK!! Just nak inform, first meeting utk xUiTMKelate yg kini bertapa di area sekitar KL-SELANGOR-PUTRAJAYA akan menjadi kenyataan di mana....program minum petang yg pada mulanya dirancang...akan bertukar menjadi agenda yg lebih menarik di mana kita pakat buat BARBEQ.....!!!

Idea ni aku terima daripada EFA. Lokasi utk BARBEQ yg pada mulanya dirancang di rumah EFA kini telah diubah ke lokasi yg lebih menarik di mana kita boleh pakat mandi kolam sesama xuimkelate dgn anak beranak kite nanti. Lokasinye di Condo Suria iaitu Bayu Tasik Kondo 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras (Blok A di kws playground belakang Gym). Map ke Kondo sepertimana di bawah. Map ni atas hasil usaha Pok Hamid kite. Utk pastikan kelancaran xuitmkelate ke kondo, apabila sampai di WISMA ZELAN..sila hubungi Suria.

Lokasi ni sgt strategik dekat dgn HUKM or Tasik Permaisuri. Segala kemudahan2 rekreasi tlh diuruskan oleh Suria sampai kena bayar deposit utk keselesaan xuitmkelate nanti. Kepada yg nak beradu tenaga main badminton, dipersilakan..Cikgu Jimmy & Pok Hamid dah setuju bawa raket & net....court hanya menanti regu2 je. Program BARBEQ kite ni dijadualkan pada 09.05.09, mlm minggu (hari Sabtu mlm Ahad), lepas maghrib. Semua xuitmkelate diminta berkumpul di Pool Kondo tersebut jam 5.30 petang.

Ni gambar tempat BARBEQ pada 09.05.09 nanti...di mana kite akan berkumpul di sebelah playground tersebut.


Cadangan menu BARBEQ yg EFA & Suria suggest untuk xuitmkelate barbeq seperti yg disenaraikan dibawah. Makanan2 lain pun dialu-alukan...kite boleh pakat2, bawa sikit2 sorang (dlm kata lain berkonsepkan POTLUCK). Utk mengelakkan juadah bertindan elok info kat aku dan aku akan updatekan kat blog kite ni. Sapo2 yg sudi sponsor salah satu menu yg disenaraikan (1st come 1st serve)....sila tampilkan diri utk jayakan program ni....just info aku je...nanti aku updatekan dlm blog kite ni.

  • AYAM, Keropok Goreng, tempat membakar dan bekas air...EFA akan sediakan.
  • Makaroni....JAY sudi buat utk kite semua merasainye.
  • Nasi Goreng....SURIA sponsor utk warga xuitmkelate.
  • Mee Hoon Goreng....SUHAIDA sediakan utk kite semua.
  • Satay Kajang...Pok Nik setuju utk sponsor hasil idea Aida. Sedap tu, boleh makan satay.
  • Kueh NEKBAT...JIMMY akan usahakan.
  • Kerang..JOHN berbesar hati utk sponsor.
  • Jagung..Pok Hamid sudi sponsor 30btg jagung.
  • Marjerin...Pok Cu akan dptkan marjerin tersohor dari Rawang.
  • Tembikai....Pok Hamid sekali lg bermurah hati sponsor 3biji tembikai.
  • Kordial/Jus, Air Batu, Gula....JOHN sekali lg sudi sponsor kesemua item ni.
  • Sos BBQ...Chunlie penaja khas sos BBQ tersedap di pasaran.
  • Sosej & Daging Burger....Aida & Naza akan bawa utk meriahkan lagi aktiviti barbeQ.
  • Gelas, pinggan, sudu, garpu plastik, arang, plastik sampah, pisau, tisu ( yg murah macam kenduri tu boleh lah yooo)...sponsor by Suria
AMBIL PERHATIAN: Utk memudahkan BUDGET brg keperluan BARBEQ dpt disediakan dgn mencukupi, xuitmkelate diminta CONFIRMkan juadah dan kehadiran sebelum 07.05.09 (jam 5.00 petang). Kpd yg sudi jd sponsoror tu...TQVM & semoga Allah perluaskan lg rezeki korang.

Utk program ni bawalah wife/husband dgn anak2 bersama. Pakaian yg dicadangkan bebas...paling ideal...track suit..dan jgn lupa swimming suit....kolam2 tlh disediakan...baik utk saiz badan xuitmkelate...mahupun saiz badan anak2 xuitmkelate.

So kawe2, sapo setuju nak join...sila beri status anda kat ruangan COMMENTS di bawah tu... (budak batch kite ni bab membakar ni...teror sgt...contoh jeram linang punya trip masa ngaji dulu).

Status terkini xuitmkelate yg berminat hadirkan diri pada 09.05.09 ni:

  • Efa: aku dtg sekeluarga...budgetkan makanan utk aku...2 org je..
  • Jay: aku dtg berlimo..huish...ramailah pulak...
  • Suria: Sebagai tuan rumah, aku dah uruskan tmpt berbeQ. ...semuanye bereh!!!
  • Pok Cu: as usual..aku OK jer
  • Jimmy: aku konpom datang bersama isteri & anak aku.
  • Chunlie: Confirm dtg..dan mungkin aku dtg berdua.
  • Busu: OK...aku pasti akan datang secara solo.
  • Pok Hamid: Kawe confirm gi dgn ore umah & anok. Tp sampai ke kondo lewat skt, anto abe ipar ke stesen bus..dok stesen 6ptg lai..tp bus bertolak jam 9mlm. 3 jam menunggu oiii...
  • MatMbung: klu free..aku sampaii....
  • Iqbal: aku 50-50, mgkn outstation ke JB on Jumaat..klu sempat patah blk aku akan hadir.
  • Za8: lokasi tu dkt dah dgn rumahku, nanti aku bg kata putus.
  • Husni/Yakpur: aku dtg dgn wife aku. wife aku x jadi gi kursus kt Perak.
  • John: aku confirm dtg bersama wife & 2 org kanak-kanak.
  • Pok Nik: aku akan datang..mungkin sorang je kot.
  • Aida & Naza: we all join..bawa 2 org anak. Baby mungkin tak bawa.
  • Suhaida & Mat Yie sekeluarga: kita org dtg...tp lewat sikit ye.

So yg lain.....tak kan tak teringin kot nak huhahuha...samo-samo....just beri status anda kat ruangan COMMENTS di bawah tu...Kpd yg masih belum CONFIRMkan kehadiran, sila maklum sebelum 07.05.09 (jam 5.00 petang) utk memudahkan budget brg2 keperluan disediakan nanti.

Utk xUiTMKelate area Kota Bharu, Ipoh & Johor Bharu...meh la pakat turun meriahkan 1st meeting kite nie........!!!

Sana-Sini xUiTMKelate

Ruangan ini disediakan bertujuan utk berkongsi cerita tetang xUiTMKelate yg telah berjaya dijejaki dan akan memaklumkan sebarang aktiviti yg xUiTMKelate bakal jalankan. Sekurang2nya kita tahu perkembangan rakan2 kite, manalah tahu ada yg sakit ke, nak menimang cahaya mata ke, nak buat kenduri kawin ke, doa selamat ke atau tahlil ke, so semuanya akan aku update kat sini. Kalau ada yg bercadang nak anjurkan aktiviti seperti minum petang bersama ke, memancing ke, convoy ke, window shopping ke, sila inform aku, nanti aku war2kan di blog kite ni. Dgn cara ini, semua xUiTMKelate dapat turut menjayakan aktiviti2 yg bakal dijalankan nanti.



Perkembangan terbaru

Pok Nik: Penantian Pok Nik berakhir jua...di mana pada 27 September 2009, jam 4 petang di Hospital Kota Bharu, Pok Nik telah pun menimang cahaya mata ketiga beliau. Tahniah buat Pok Nik sekeluarga dengan kelahiran baby girl tersebut.

Jay: Alhamdulillah...Jay dah pun selamat melahirkan baby girl pada 29 Ogos 2009 dgn berat 3.37kg..dan diberikan nama Qadeeja Rugayyah. Tahniah buat Jay sekeluarga.

John: Tahniah buat brother John kite kerana sekali lagi telah menimang seorang cahaya mata lelaki pada 25 Ogos 2009 jam 6.15am. Dengan kelahiran tersebut, John kini berstatus beranak tiga dan berbini satu.

Pok Hamid: Brother kite nie telah menimang seorang cahaya mata perempuan pada 19 Ogos 2009 di Hospital Kota Bharu, Kelantan. Proses bersalin hampir 11 jam di mana wife Pok Hamid admitted jam 6.00pm dan baby selamat dilahirkan jam 4.46am dengan berat 3.49kg. Dengan kelahiran Eryana Nur Hana tersebut, sepasang sudah anak Pok Hamid kite. Tahniah buat Pok Hamid sekeluarga.

Chunlie: Pada 10 Jun 2009 jam 1.14pm, bro kite nie telah berstatus bapa/ayah/papa di mana wifenye tlh selamat melahirkan putera sulung mereka dgn berat 2.8kg. Tahniah buat Chunlie sekeluarga.

Murni & MatMbung: Dgr cito...couple kite ni baru je menyambut kelahiran anak ke2 mereka pada 06 April 2009 yg lalu. Tahniah kepada kedua2 kawe kite ni...so...dgn kelahiran baby boy tu maka cukuplah sepasang anak buat pasangan ni....dan aku harap kedua2 sahabat kite ni selamat dlm mengharungi hari2 berpantang tu.....harap MatMbung dan Murni banyak2 bersabau tau...jgn nakal2 :)

Pok Cu: Pada 20 Mac 2009 yg lalu, Pok Cu kite tlh menimang seorang lagi cahaya mata dimana wifenye berjaya melahirkan seorang baby girl dan kini jumlah keseluruhan gerabak kecilnya dah menjadi tiga.Tahniah buat Pok Cu sekeluarga.

Efa: Pada 28 Januari 2009 yg lalu, Efa kite tlh selamat melahirkan cahaya mata sulungnye dan dikurniakan dgn seorang baby girl. Tahniah buat Efa dan husbandnye.

Abe Mie: Pada Jun 2007, Abe Mie kite tlh menjalani operation kecil atau dlm kata lain buat bypass penyakit jantungnye. Sekarang ni penyakit jantungnye dah ok, cuma Abe Mie kena maintain makan ubat sebab dia mengidap penyakit empat serangkai iaitu penyakit jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Sblm ni Abe Mie juga menghadapi masalah retina matanya, kesan dari operation yg dibuat. Alhamdulillah skrg ni dah ok. Aku rasa sapa2 ada kelapangan bila balik Kelate tu, sila2lah ziarah Abe Mie kite ni. Di sini aku sertakan alamat terkini Abe Mie utk mereka yg berhajat menziarahi beliau.
No 118, Jalan Hulu Stesen, Wakaf Baru, Kelantan.

Arini: Aida ada maklum yg Arini sekarang ni sedang sakit…‘kidney failure’ dan seminggu sekali kena buat dialisis….Kesiankan. So sapa2 yang kenal dgn kawe kite ni, marilah sama2 pakat berdoa agar beliau beransur sembuh. Mana yg ada kelapangan tu, ziarahilah beliau. Sure terharu Arini nanti….!!

Arwah Ije (Noor Hizam): John ada hantar email kat aku, di mana beliau terkenangkan Noor Hizam Mamat atau Ije.. yang telah meninggal dunia. Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Aku rasa baik kita tetapkan masa utk ziarah kubur arwah dan keluarganya. John juga ada maklum yg beliau tak ingat bile Ije meninggal.. tapi sebelum meninggal Ije ada hantar sms kat John yg mana smsnya tertulis seperti berikut.. "Sae! Fikir ttg masa depan keluarga, ambiklah insurans dgn ejen terbaik, IJE."

Coretan Pok Nik ttg Arwah Ije: Aku jumpa dia x silap 2 days b4 dia meninggal. masa tu time raya. aku p umah dia kt melur tu. dia ok je masa tu. siap duk buat lawak lg dgn aku. time tu raya 1st or 2nd i dh lupa. B4 aku nk balik tu, aku inform kt dia yg aku nk kawin x lama lg dan aku akan dtg la semula tahun depan umah dia...pastu..yg paling aku ingat lg..dia jwab......"lepas ni demo mari, lain doh la"....Dlm 2 hr lepas tu kalau x silap, aku balik KL.Dlm jam 3 pagi masa tgh aku tgh nyenayk tidur, adik dia sms aku....."abg saya ije, dh tiada......" . Aku punya la terkejut ingatkan saja nk main2...aku terus call. Adik dia confirmkan yg Ije dh tiada. Masalah jantung. Aku jadis sebak kalau teringat kt dia. Sebab aku banyak kongsi mcm2 dengan dia. Banyak peristiwa pahit dan manis aku dgn dia. Dari pra perdagangan sampailah time kerja kat shah alam. Even sampai skrg..no dia masih aku simpan.

Al-fatihah ke atas rohnya dan semua muslimin serta muslimat yang telah kembali ke rahmatullah…..(amin)

Mana kawan2 yg nak share info tentang xUiTMKelate yg lain, sila email kat aku utk dipaparkan di ruangan ini atau hantarkan comment anda diruangan yg disediakan di bawah.

xUiTMKelate Sampai Ke Tanah Besar China

Pada 09 hingga 12 April yg lalu, aku bersama wife tersayang tlh berkesempatan menjejakkan kaki ke negara China dimana bandaraya yg dilawati oleh kami ialah Macau dan Zhuhai. Perjalanan menaiki flight dr Malaysia ke Macau mengambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit lamanye.

Macau, terkenal dgn CASINOnye…secara purata Macau mempunyai 31 buah Casino dan salah seorang lelaki terkaya di Macau serta Asia dgn aktiviti perniagaan Casino ialah Stanley Ho . So pd hari pertama sesi lawatan, aku dan wife ambillah kesempatan buat pertama kalinye memasuki CASINO. Kalau di Malaysia…for sure x boleh masuk….nak kena pakai smart2 dan kalau pakai selipar, for surelah kena tahan kat pintu masuk. Di Macau…berbeza…sesiapa sahaja boleh memasuki CASINO….dan apa yg kita pernah tgk dlm drama bersiri Las Vegas…nyata wujud di CASINO, MACAU. Nak berjudi…open table…ada, berjudi guna mesin yg beratus jenis namanye…ada, nak tgk tiger show siap melilit2 lg kat tiang pun….ada. Open siol...x yah bayar. Real…reall….realll... aku rasa kalau pakai kopiah…confirm...terbang kopiah….!! Camera & videocam not allowed dlm casino...so tak leh lah aku rakam utk tatapan korang. Casino di Macau ni beroperasi selama 24 jam tanpa henti. Antara casino yg aku masuk ialah 'Lisboa Casino' yg mempunyai 5 tingkat ruangan berjudi.

Di Macau, aku menginap di Royal Hotel, hotel bertaraf 5 bintang. Kat hotel tu pun ada Casino….dlm kata lain…MACAU dunia perjudian utk semua. Ramai Malaysian people (terutama Chinese) yg dtg ke Macau…rata2nye berjudi bagai nak rak. Sempat juge aku bertegur sapa dgn Chinese Malaysia yg melawati Macau pada ketika itu.

Macau juge sgt terkenal dgn bangunan2 kesan tinggalan sejarahnye…antara tempat yg mesti dilawati apabila berada di Macau ialah ‘Ruin of St. Paul Church’.


Hari ke2, we all moved to bandaraya Zhuhai pula. Zhuhai terkenal dgn dunia membeli belah terutama di ‘Gong Bei Underground Port Plaza Shopping Mall’. Kalau dah berada di sini, bawalah duit sebanyak mana pun, kalau x tahan nafsu membeli…for sure habis duit. Mana taknye, semua expensive punye items yg di jual di Malaysia dpt dibeli di sana dgn harga yg murah...e.g: member aku beli videocam DVD 'Sony' original siap dgn warranty pd harga RMB1200 (lebih kurang bersamaan dgn RM640 je).

Selain drpd shopping activity di ‘Gong Bei Underground Port Plaza’, we all berkesempatan juga melawati ‘Silk Shopping Centre’. Di sini, we all diberi penerangan bagaimana silk dihasilkan.

Antara tempat menarik yg dilawati pada hari kedua ialah…’Lover Road’ sepanjang 7 km dan ‘The Statue of Fisher Lady’ iaitu symbol lagenda Zhuhai.

We all juga tlh melawati ‘Bailiandong Park’ utk melihat panorama keindahan bandaraya Zhuhai dari puncak bukit tertinggi di Zhuhai.


Utk sampai di puncak bukit tersebut..kena naik cable chair..gayat...oooo....tak ada tutup2nye mcm kat genting tu...open...ni aku paparkan gambar yg sempat aku ambil semasa cable chair tu bergerak.


China sgt terkenal dgn pertunjukkan ‘Acrobatic’nye dan pd mlmnya we all dibawa menonton secara live pertunjukkan acrobatic tersebut. Di sini dipaparkan antara adegan menarik yg sempat dirakamkan secara curi2 oleh aku dlm Hall tu….(mujurlah dpt seat depan).

Hari Ke3, we all ke ‘Pearl Shopping Center’ utk melihat mutiara2 tercantik di dunia. Di situ, we all diberi penerangan bagaimana utk menilai mutiara yg asli dan berkualiti tinggi.

Utk memuaskan hati dgn aktiviti shopping, we all singah sekali lagi di ‘Gong Bei Underground Port Plaza’ melihat2 barang2 yg masih belum mencukupi utk dibawa balik ke Malaysia.

Di blog ni juge, nak aku share sajian yg disediakan oleh 'muslim restaurant' sepanjang we all berada di sana. Kirenye...kenalah dgn selera malaysian people.

From my observation, China people sgt suke makan kambing dan aku sempat merasa kesedapan barbeQ daging kambing di sana.


Satu lg perkara menarik di restoran yg aku kunjungi tu..di mana customer disajikan dgn hiburan berbentuk tarian. Peehh....macam Bollywood pulak.

Hari ke4, tiada aktiviti kerana we all dlm mood utk balik semula ke Malaysia setelah lama meninggalkan tanah air & anak2 tercinta. Walaupun indah tempat org…secara keseluruhannye Malaysia tetap di hati dan pengalaman aku & wife berada di China satu pengalaman yg amat berharga…dan kalau boleh..nak juge aku anjurkan satu trip utk xuitmkelate ke sana satu hari nanti. Semasa berada di Airport Macau, sempat juge aku online internet di sana..dan itulah pertama kali blog xuitmkelate dipaparkan di luar negara.