Tuesday, May 12, 2009

Program BarbeQ xUiTMKelate Berjaya Direalisasikan

09.05.09, Bayu Tasik Kondo 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL.....tarikh & tempat keramat buat xuitmkelate di mana 1st gathering kite berjaya direalisasikan. Walaupun perjalanan ke kondo seperti memasuki Pertandingan 'Treasure Hunt' namun semua xuitmkelate selamat sampai utk sama-sama menjayakan program barbeQ yg dirancang. Ternyata xuitmkelate mampu bersatu hati & menunjukkan satu komitmen yg tinggi utk memastikan objektif program dapat dicapai.
Dengan kehadiran ahli keluarga xuitmkelate seramai 38 orang kesemuanya...program barbeQ kite telah mengamatkan suasana kondo tersebut. Bayangkan....kalau semua xuitmkelate dpt turun.......!! Kire taraf kendurilah. Satu rekod utk xuitmkelate di mana peratusan kehadiran ke program barbeQ menjangkau 47% drpd jumlah keseluruhan xuitmkelate yg berjaya dijejaki. Berikut antara xuitmkelate yg hadir 1st gathering kite tu:

  • John, wife & 2 org anak
  • Naza, Aida & 2 org anak
  • Jay, husband & 3 org anak
  • Pok Hamid, wife & 1 org anak
  • Fader, wife & 2 org anak
  • Pok Cu, wife & 3 org anak
  • Efa, husband & 1 org anak
  • Suhaida, Mat Yie & 3 org anak
  • Suria
  • Pok Nik
  • Busu
  • Jimmy
  • Yakpur

Program barbeQ bermula selepas waktu maghrib, sepertimana yg dirancang, lagipun ramai antara xuitmkelate yg sampai pada waktu tersebut. Ada di antara xuitmkelate yg tlh berada di kondo sekitar jam 5.30 petang. Kesetiaan menunggu masuknya waktu maghrib...sama sekali tidak mematahkan semangat xuitmkelate utk berkumpul bersua muka setelah lama berpisah. Tak kurang juge, yg langsung tak nampak batang hidung pun ada...mungkin ada problems di saat-saat akhir kot.

Berikut dipaparkan antara detik2 sepanjang program barbeQ tersebut yg tamat hampir jam 12 malam .






Ucapan ribuan terima kasih kepada semua xuitmkelate yg sudi sponsor juadah berbeQ dan tak lupa juga kepada xuitmkelate yg sudi ringan2kan tulang utk setup/kemaskan tempat barbeQ seperti Naza, Pok Nik, John, Fader, Husband Jay, Husband Efa, Pok Cu, Busu, Jimmy & Yakpur.

1st gathering nie...sebagai pembuka acara utk kite sama-sama merapatkan semula persahabatan yg terjalin...dan feedback yg diterima semasa meeting kite tu...ada yg pakat tanya...so next program ke mana?. Ada xuitmkelate yg usulkan....kite pergi bercuti sesama xuitmkelate.....so terpulang kepada semua xuitmkelate...kalau berminat nanti kita plan kan ramai2.

Kepada xuitmkelate yg nak rakamkan sebarang ucapan/luahan isi hati...silalah berbuat demikian di ruangan COMMENTS di bawah.