Thursday, February 26, 2009

Cerito Dolu-Dolu & Koleksi Teko-Teki xUiTMKelate

Minggu ni Pok Andri nak share cito dgn kite semuo ttg Sariffuddin atau dikenali dgn nama glamournye Pudin/Pu3rd/Exempted. Ikutilah coretan Pok Andri kite ni:
Teringatkan member2 lama...sampai aku termimpi pada exempted. Seingat aku ada satu tragedi yg lucu pasal exempted terkunci dalam rumah masa org dok gaduh2 nak pegi ambil paper final exam...siapakah yg tahu cerita yg sepenuhnya....? Seingat aku... pada suatu hari tu kita semua nk pergi ambil paper final exam.. tak ingat pula paper apa.. aku yg duduk bersebelahan rumah sewa exemted ni.. tengah dok bersiap2 nak pergi final.. masa kat ruang dapur rumah, aku ternampak kelibat exempted kat rumah sebelah... dok lik lah -lik lah... so aku pun buat don no ler....masa tuh exempted aku tengok mcm dah siap sedia nak berangkat...dalam keadaan yg dah nak cepat2... so kami yang ada paper ni pun berangkat lah dengan motor masing2....sampai2 jer kat uitm.. yang aku tahu.. tah sapa bagi tahu exempted terkunci dalam rumah sorang2 dia...itu saja yang aku ingat....pastu yg aku tahu ada member pergi rumah sewa dia pergi tolong buka pintu....petang tu bila dah habis exam .. aku tanya..exempted... demo gi mano tak dok napok tadi?...dengan relex dia jawap... "tahu... terkunci daley rumoh". Ini lah cerita yg masih aku ingat.. kalu ada sesapa yg tahu detail cerita ni... boleh lah tolong perbetulkan cerita aku jika ada yg silap....apa2 pun.. exempted adalah manusia yg palik dan relek sekali dalam batch kita.

** aku tertanya-tanya.. dimanakah exempted sekarang....yg aku tahu ... last sekali aku dengar pasal dia... dia adalah manusia yg awal kahwin antara batch kita.... jgn main2.. walau pendiam.. tapi ...POWER TUH......!

Kepada xUiTM yg ada cito2 yg nak dikongsi bersama, silalah email kat aku, boleh aku paparkan di blog kite ni.

Koleksi Teko-Teki xUiTMKelate

Teko-Teki yg disiarkan pada 01.04.09, yg dijual oleh BUSU telah pun berjaya dijawab dengan betul oleh Suria.
Teko-Tekinya berbunyi: nak dapat bukan main susah...bila dah dapat... buang pulok...apo bondonyo tu?
Jawapannye: taik hidung

Thank to fader dan fatt_nitt kerana sudi layan teko-teki dgn jawapan yg hampir mengena tu. Jawapan yg diberikan seperti berikut:

Jawapan Fader: Aku rasa teko-teki BUSU tu...jawapannye...TISU kat restoran mamak area rumah aku la....sebabnye kalu gi retoran dia..siap catu tu tisu dia...sorang satu je dia bagi...hahahhahaha...

Jawapan Fatt_nitt: sene jah tu. Jawapan dio adalah ' taik telingo'. aka 'bijis timah'. Rasionalnya: Ingat mudoh ko nok korek taik telingo tu. Nok2 lg hok setahun sekali korek. Bilo doh dpt....sene2 gi buang. Dok tau la kot ado saing2 hok sipe mugo tuh. Huhu

Teko-Teki yg disiarkan pada 26.03.09, tak ada sorang pun berjaya menjawab dgn tepat.
Teko-Tekinya berbunyi: kenapa monyet tak boleh membaca dan menulis?
Jawapannye: kalau boleh baca dan tulis, jenuh tu..aku nak layan dia jawab teka-toki kat xuitmkelate hahhahahaaaaaaaa.......

Thank to Andri and Suria kerana sudi layan jawab teko-teki xuitmkelate dgn jawapan seperti berikut (Ketiga3 jawapan yg diberikan aku kira betul juga. Sekurang2nye korang ni dlm golongan pemikir)

Jawapan Andri (Cubaan Pertama): setahu aku monyet kejanye bergayut je..tak der masanye nak membaca dan menulis.

Jawapan Andri (Cubaan Kedua): sebab monyet buta huruf...miakakkakka Jawapan Suria: senang je jawapan tu fader..dah sah2 monyet tak pegi sekolah. Bkn setakat baca n tulis, kira pun dia tak pandai...hehhehehe

Teko-Teki yg disiarkan pada 25.03.09, yg dijual oleh BUSU telah pun berjaya dijawab dengan betul oleh Za8 dan Cikgu Jimmy.
Teko-Tekinya berbunyi: mouse komputer, jantan ke betina?

Jawapan Za8: sah2 betino...sebab pakai pad

Jawapan Cikgu Jimmy: Teko teki Busu dgn selambanya aku jawab... Mouse computer tu dah sah sah perempuan (bukan betino) sebab perempuan jah hok paka pad.

Teko-Teki yg disiarkan pada 23.03.09 telah pun berjaya dijawab dengan betul oleh BUSU.
Teko-Tekinya berbunyi: bila dah turun tak naik-naik...

Jawapan BUSU: senang je teka-teki ni...mayat dalam kubur la....

Thank to cikgu jimmy kerana sudi layan teko-teki dgn jawapan yg menarik tu.
Jawapan cikgu jimmy seperti berikut: Kau bagi teka-teki senang la bro...jawapannya..HUJAN...betul kan? pandai tak aku?

Teko-Teki yg disiarkan pada 20.03.09 telah pun berjaya dijawab dengan betul oleh JOHN.
Teko-Tekinya berbunyi: ada seorang budak ingin masuk ke dalam gua. Depan gua ada gergasi yang jaga gua tersebut. Gergasi hanya pandai jawab TIDAK bila budak tu nak minta masuk dalam gua. Macam mana budak tu nak masuk dalam gua........

Jawapan JOHN: "do you mind if i go in?" then the giant reply "no"
Tahniah kepada John kerana berjaya menjawab dengan betul walaupun gergasi tu tak pandai cakap org putih. Korang translatelah balik jawapan JOHN tu dlm BM baru kena sebab gergasi hanya pandai cakap "TIDAK"

Thank to fatt_nitt kerana sudi layan teko-teki dgn jawapan yg lawak gile tu. Jawapan fatt_nitt seperti berikut: Budak itu berkata :“Niat enson mata kaji semar ngiseng” dan tiba2 pintu gua tersebut pun terbuka dengan sendirinya. Maka budak itu dapat lah memasuki gua tersebut dengan gembiranya. Walaupun gergasi tersebut berkali-kali berkata TIDAK namun dia tidak mampu lagi menahan pintu gua itu. Begitulah alkisahnya.....

1 comment:

  1. Kalau pasal examted yang paling aku ingat pasal citer hantu kom kom. Satu kelas ketawa gila sampai pecah perut dia boleh buat selamber badak jer... hebat... hidup examted..... class....

    ReplyDelete