Friday, March 27, 2009

Apa Peranan Anda Mengatasi H1N1?

Kerajaan Malaysia telah bersetuju memperuntukkan sejumlah RM20Juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera bagi mengawal penularan wabak Influenza A (H1N1) yg kini telah mencatatkan 62 kematian dan 3,857 kes jangkitan disahkan seluruh negara (statistik sehingga 16 Ogos 2009).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, majoriti kes kematian adalah membabitkan mereka yg berisiko tinggi seperti berpenyakit kronik dan warga tua. Kanak-kanak yang berusia kurang dari lima tahun dan wanita mengandung juga merupakan golongan yg berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan virus influenza.

Wabak ini semakin menular tanpa mengira bangsa, umur, pangkat mahupun darjat seseorang di mana Tengku Puan Pahang serta lima anakandanya telah dikuarantin di Wad DiRaja, Hospital Tengku Ampuan Hafzan (HTAF), Kuantan kerana mempunyai tanda-tanda penyakit tersebut. Di kalangan warga xuitmkelate pula, anak IQBAL telah dimasukkan ke wad kerana mempunyai simptom H1N1 dan diharapkan kite semua berdoa agar warga xuitmkelate sekeluarga bebas dari virus ini. Antara doa utk keselamatan daripada wabak penyakit yg boleh diamalkan dgn membacanya sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang adalah seperti berikut:

"Aku berlindung kpd Allah, Tuhan Yg Maha Gagah Perkasa dan mempunyai kekuasaan mutlak. Aku berpegang teguh kepada Allah, Tuhan yg memiliki kerajaan yg Maha Agung dan aku berserah diri kepada Allah, Tuhan Yg Hidup, tidak akan mati.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, jauhilah kami dr wabak yg datang ini dan peliharalah kami dr segala kejahatan yg merosakkan serta selamatkanlah kami dr segala fitnah dan penyakit taun serta bala yg datang dgn kelembutan Mu.

Ya Allah, Tuhan Yg Maha Halus dan Maha Lemah Lembut, wahai Tuhan Yg Maha Halus Pengetahuannya, Engkau Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Selawat dan salam kpd Junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya. Segala puji bg Allah Tuhan pencipta semesta alam."

Sehingga kini belum ada vaksin khusus bagi merawat penyakit ini. Vaksin yg sedia ada merupakan vaksin influenza bermusim yg TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan H1N1. Antara langkah proaktif yg di ambil oleh Kerajaan Malaysia dimana antiviral tersebut akan dibekalkan secara meluas ke hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.

Setiap individu harus memainkan peranan mereka dalam membendung penularan virus ini. Antara langkah yg boleh diambil antaranya:
  • Seboleh-bolehnya elakkan berada di tempat yg sesak dan elakkan berkontak dgn mereka yg sakit. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter dr mereka yg menghidap influenza.
  • Amalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan dengan kaedah yg betul.
  • Batuk dan bersin dgn beradab. Gunakan tisu atau sapu tangan semasa batuk atau bersin.
  • Sekiranya demam, langkah yg paling baik adalah berehat di rumah sehingga pulih. Adalah dinasihatkan memakai topeng supaya tidak menjangkiti anggota keluarga yg lain.


Simptom2 dijangkiti H1N1 seperti berikut:

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .

day 5 and above lung collapse @ koma

Sekiranya anda mempunyai sebarang tips pencegahan sila beri COMMENT anda dibawah. Bersamalah kita bertindak demi kesejahteraan diri, keluarga dan negara tercinta.

5 comments:

  1. Dah terlanjur fader bercakap pasal H1N1 ni aku nak berkongsi sikit pengalaman aku dan semasa email ini ditulis aku masih berada d dalam hospital. Dah Empat hari aku dok d hospital kerana anak aku dah d komfirmkan positif influenza A, cuma tak tahu sama ada it falls in categori H1N1 atau tidak. From first day aku masuk sampai hari nie sample anak aku tak dapat keputusan samaada comfirm H1N1 atau tidak.

    Bila aku tanya doctor, dia ckp terlalu ramai kes sekarang nie, sedangkan bagi ujian H1N1 di seluruh malaysia, hanya hospital sungai buluh yang berkeupayaan untuk proses sample bagi mengesahkan H1N1 atau tidak. Capasiti pemprosesan sample d sungai buluh hanyalah 180 sample satu hari, untuk beribu2 kes di seluruh malaysia. Lawakkan..... untuk satu malaysia tu.... Hampeh betul.... Bila agaknya aku akan dapat keputusan sample darah anak aku.....

    The second things yang aku rasa macam hampeh adalah, sekiranya dapat tahu H1N1 doctor cakap, nothing can be done. Just dapat monitor closely je. No wonder hari2 ader je orang mati sebab H1N1. Dah la nak dapat comfirm lambat, pastu yang dok heboh vaksin ader dalam tv tuh rupanya takder pun. masih lagi trial an error. Hampeh.....

    Aku rasa dalam rantau asia nie kita antara negara terakhir diserang vairus nie. Tapi, aku heran kenapa goverment tak bersedia untuk penyakit nie. mmmmm..... tak tahu lah..... dah la risau dekat anak aku lagi.........

    Lastly aku nak kongsi, buat masa sekarang nie, kurangkan aktiviti luar rumah. Kalau boleh tak payah buat terus untuk anak2 lar. orang tua dia kena keluar jugak lar...

    Pantau anak anda sekiranya demam dan kontrol tempreture dia closely. Banyak kan minum air apple hijau, dapat membantu meningkatkan pertahanan tubuh kanak2 dari vairus nie. dan yang lain tuh sama la macam pesanan dalam tv.

    dan yang akir juga, aku mintak korang semua tolong doa supaya anak aku bebas dari vairus H1N1 nie................ dah masuk hari nie aku dah 5 hari di wad, dan anak aku yang dekat rumah tuh rasanya dah start deman. cuma simptom2 vairus influenza A tu tak der lagi....

    Risau beb... dan aku sendiri konfius dari mana wabak nie sedangkan anak aku berada dok d rumah, bukanya d nursery atau baby sitter....

    ReplyDelete
  2. Ini ada petua untuk mengubati penyakit selsema babi (H1N1):-

    bahan2nya adalah
    1. air kelapa
    2. kurma
    3. mangkuk

    cara2nya

    1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
    2. tuang air kelapa
    3. biar sejam dua
    4. minum air kelapa bersama makan kurma

    Wallahu'alam. tq"

    ReplyDelete
  3. Kepada kawan2 yg lain, sesama lah kita baca 'SALAAMUN QAULAN MIR RABBIR RAHIM'.(28 kali sehari).. Untuk mengelak penyakit berjangkit. Semoga beroleh manfaat darinya..

    ReplyDelete
  4. Bacalah doa ini bagi menghindar/menghadapi H1N1:

    Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim

    [Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(3 kali)]

    Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya".[HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim, boleh download di http://intisonline.com]

    Petikan drpd Shaikh AbdurRazak as-Sa'di dlm khutbahnya menyeru agar jemaah membaca doa ini bagi menghadapi musibah H1N1 yang semakin ganas.

    ReplyDelete
  5. Thanks to all yang bagi macam2 doa dan petua untuk kita amalkan bersama. Allhamdulillah, anak aku dah bebas dari vairus influenza A. Cuma sekarang nie anak aku tengah tunggu untuk discharge dari sepital.

    Ingat hari nie boleh balik dah, tapi tak boleh lagi la pulak..... Platlet darah dah kurang pulak. Mungkin sebab masa deman hari tu dia kurang makan dan minum. Insyallah esok dapat la keluar kot kalau ujian darah dia ok....

    Sian anak aku, dah tiga, empat kali kena amik darah....

    ReplyDelete