Sunday, April 19, 2009

Sana-Sini xUiTMKelate

Ruangan ini disediakan bertujuan utk berkongsi cerita tetang xUiTMKelate yg telah berjaya dijejaki dan akan memaklumkan sebarang aktiviti yg xUiTMKelate bakal jalankan. Sekurang2nya kita tahu perkembangan rakan2 kite, manalah tahu ada yg sakit ke, nak menimang cahaya mata ke, nak buat kenduri kawin ke, doa selamat ke atau tahlil ke, so semuanya akan aku update kat sini. Kalau ada yg bercadang nak anjurkan aktiviti seperti minum petang bersama ke, memancing ke, convoy ke, window shopping ke, sila inform aku, nanti aku war2kan di blog kite ni. Dgn cara ini, semua xUiTMKelate dapat turut menjayakan aktiviti2 yg bakal dijalankan nanti.



Perkembangan terbaru

Pok Nik: Penantian Pok Nik berakhir jua...di mana pada 27 September 2009, jam 4 petang di Hospital Kota Bharu, Pok Nik telah pun menimang cahaya mata ketiga beliau. Tahniah buat Pok Nik sekeluarga dengan kelahiran baby girl tersebut.

Jay: Alhamdulillah...Jay dah pun selamat melahirkan baby girl pada 29 Ogos 2009 dgn berat 3.37kg..dan diberikan nama Qadeeja Rugayyah. Tahniah buat Jay sekeluarga.

John: Tahniah buat brother John kite kerana sekali lagi telah menimang seorang cahaya mata lelaki pada 25 Ogos 2009 jam 6.15am. Dengan kelahiran tersebut, John kini berstatus beranak tiga dan berbini satu.

Pok Hamid: Brother kite nie telah menimang seorang cahaya mata perempuan pada 19 Ogos 2009 di Hospital Kota Bharu, Kelantan. Proses bersalin hampir 11 jam di mana wife Pok Hamid admitted jam 6.00pm dan baby selamat dilahirkan jam 4.46am dengan berat 3.49kg. Dengan kelahiran Eryana Nur Hana tersebut, sepasang sudah anak Pok Hamid kite. Tahniah buat Pok Hamid sekeluarga.

Chunlie: Pada 10 Jun 2009 jam 1.14pm, bro kite nie telah berstatus bapa/ayah/papa di mana wifenye tlh selamat melahirkan putera sulung mereka dgn berat 2.8kg. Tahniah buat Chunlie sekeluarga.

Murni & MatMbung: Dgr cito...couple kite ni baru je menyambut kelahiran anak ke2 mereka pada 06 April 2009 yg lalu. Tahniah kepada kedua2 kawe kite ni...so...dgn kelahiran baby boy tu maka cukuplah sepasang anak buat pasangan ni....dan aku harap kedua2 sahabat kite ni selamat dlm mengharungi hari2 berpantang tu.....harap MatMbung dan Murni banyak2 bersabau tau...jgn nakal2 :)

Pok Cu: Pada 20 Mac 2009 yg lalu, Pok Cu kite tlh menimang seorang lagi cahaya mata dimana wifenye berjaya melahirkan seorang baby girl dan kini jumlah keseluruhan gerabak kecilnya dah menjadi tiga.Tahniah buat Pok Cu sekeluarga.

Efa: Pada 28 Januari 2009 yg lalu, Efa kite tlh selamat melahirkan cahaya mata sulungnye dan dikurniakan dgn seorang baby girl. Tahniah buat Efa dan husbandnye.

Abe Mie: Pada Jun 2007, Abe Mie kite tlh menjalani operation kecil atau dlm kata lain buat bypass penyakit jantungnye. Sekarang ni penyakit jantungnye dah ok, cuma Abe Mie kena maintain makan ubat sebab dia mengidap penyakit empat serangkai iaitu penyakit jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Sblm ni Abe Mie juga menghadapi masalah retina matanya, kesan dari operation yg dibuat. Alhamdulillah skrg ni dah ok. Aku rasa sapa2 ada kelapangan bila balik Kelate tu, sila2lah ziarah Abe Mie kite ni. Di sini aku sertakan alamat terkini Abe Mie utk mereka yg berhajat menziarahi beliau.
No 118, Jalan Hulu Stesen, Wakaf Baru, Kelantan.

Arini: Aida ada maklum yg Arini sekarang ni sedang sakit…‘kidney failure’ dan seminggu sekali kena buat dialisis….Kesiankan. So sapa2 yang kenal dgn kawe kite ni, marilah sama2 pakat berdoa agar beliau beransur sembuh. Mana yg ada kelapangan tu, ziarahilah beliau. Sure terharu Arini nanti….!!

Arwah Ije (Noor Hizam): John ada hantar email kat aku, di mana beliau terkenangkan Noor Hizam Mamat atau Ije.. yang telah meninggal dunia. Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Aku rasa baik kita tetapkan masa utk ziarah kubur arwah dan keluarganya. John juga ada maklum yg beliau tak ingat bile Ije meninggal.. tapi sebelum meninggal Ije ada hantar sms kat John yg mana smsnya tertulis seperti berikut.. "Sae! Fikir ttg masa depan keluarga, ambiklah insurans dgn ejen terbaik, IJE."

Coretan Pok Nik ttg Arwah Ije: Aku jumpa dia x silap 2 days b4 dia meninggal. masa tu time raya. aku p umah dia kt melur tu. dia ok je masa tu. siap duk buat lawak lg dgn aku. time tu raya 1st or 2nd i dh lupa. B4 aku nk balik tu, aku inform kt dia yg aku nk kawin x lama lg dan aku akan dtg la semula tahun depan umah dia...pastu..yg paling aku ingat lg..dia jwab......"lepas ni demo mari, lain doh la"....Dlm 2 hr lepas tu kalau x silap, aku balik KL.Dlm jam 3 pagi masa tgh aku tgh nyenayk tidur, adik dia sms aku....."abg saya ije, dh tiada......" . Aku punya la terkejut ingatkan saja nk main2...aku terus call. Adik dia confirmkan yg Ije dh tiada. Masalah jantung. Aku jadis sebak kalau teringat kt dia. Sebab aku banyak kongsi mcm2 dengan dia. Banyak peristiwa pahit dan manis aku dgn dia. Dari pra perdagangan sampailah time kerja kat shah alam. Even sampai skrg..no dia masih aku simpan.

Al-fatihah ke atas rohnya dan semua muslimin serta muslimat yang telah kembali ke rahmatullah…..(amin)

Mana kawan2 yg nak share info tentang xUiTMKelate yg lain, sila email kat aku utk dipaparkan di ruangan ini atau hantarkan comment anda diruangan yg disediakan di bawah.

1 comment:

  1. Eeeee, gambaor aku pun ada. Bermisai lagi.
    Eh, Yakpur la. Lama tak dengar citer kau...

    ReplyDelete